Selasa, 28 Disember 2010

Si pemerhati

Izinkan aku untuk menjadi si pemerhati,
Biarpun aku tak nampak,
Tapi hati sentiasa mahu memerhati.
Senyum,
Itu yang aku mahu.
Tenang,
Semoga kita tenang.
Bahagia,
Harapan yang sentiasa ku mahu.

Untuk kita,
Biar aku yang jadi pemerhati tunggal,
Walau kita tak saling memerhati.

Ahad, 12 Disember 2010

. Hancur dan jatuh; aku terus kukuh.

Aku pernah terbang tinggi,
Bersenang di langit yang penuh angin,
Terbang tanpa fikir untuk jatuh,
Tapi sekarang aku hancur kerana jatuh.
Jatuh dalam laut,
Syukur, Aku masih ada lagi.

Aku dalam laut ciptaan sendiri,
Laut dari air mata sendiri,
Hampir lemas,
Tapi aku gagahkan juga.
Aku harus bernafas.
Aku perlu bernafas.
Jangan sekali dia nampak kau sakit.
Jangan.

Biar aku hancur, biar aku jatuh;
Aku akan terus kukuh.
Hentikan fikiran itu,
Aku harus hentikan.

Aku letih, aku penat.
Walau hakikat hati, aku tahu ini sakit,

Jumaat, 10 Disember 2010

. Jangan sampai orang bilang kau lemah.

Hey perempuan,
Ya. Kamu;
Kamu yang sedang menunding jari ke arah sendiri.
Persetankan perasaan kau.
Buang ketepi air mata kau.
Ada yang hirau?
Biar bergelen air mata kau tangis,
Biar bengkak otak kau fikir.
Ada yang hirau?

Hiraukan diri kau.
Sayang diri kau.
Bodoh! Jangan sampai orang tau,
Biar kau sendiri yang rasa,
Biarkan.

Serahkan segalanya pada NYA;
Kerana DIA Maha Tahu,
Kerana DIA Maha Kuasa,

Diri kau;
Apa yang kau tahu?
Kau hanya tahu apa yang kau tahu.

Cinta khayalan kanak kanak;

Rabu, 8 Disember 2010

Patah

Mata menatap paparan abjad
Bila malam mula patah.
Sinopsis siang tak mampu ku tulis
Masih menunggu satu persatu perkataan untuk aku susun.
Masing masing dengan hidup dan diri,
Tapi aku,
Tiada justifikasi.

Diminta berhenti

Sila berhenti jika kau tak benar,
Jangan teruskan jika kau tak tulus.
Hati manusia sakit bila kau sembunyi,
Penakutkah kau?
Kalau kau bukan penakut,
Buang topeng, bangun dan berdiri.

Dunia kita dunia zaman batu moden,
Lahiriah dengan agung berkata aku moden,
Hakikat dalam hati, kau manusia zaman purba.
Masih sembunyi di belakang batu gua.
Ini definisi zaman moden?

Tolong berhenti.
Cuba jadi diri kau,
Tak perlu untuk berlakon dua tiga watak,
Tak akan ada anugerah pelakon terbaik.
Tolong berhenti.

Jalan kiri kau kata kanan,
Hentikan.
Cukup.
Biar kau saja yang sesat.

Selasa, 7 Disember 2010

Cerita dari aku

Andai aku lambat terjaga, tolong kejutkan aku.
Andai aku masih terlena, tolong sedarkan aku.
Bangunkan aku jika aku masih bermimpi,
Bila nanti aku bangun,
Ingatkan aku,
Untuk ucapkan syukur.
"Alhamdulillah"

Aku sedang mencelik; melihat dunia.
Satu persatu zarah udara ku sedut,
Satu persatu ku hembus,
Aku sedang bernafas dan melihat.

Telinga ku mendengar, hati aku merasa,
Benda dapat ku sentuh,
Mulutku masih boleh mengunyah.
"Alhamdulillah"
Cukup pancaindera kurniaanNya.
"Alhamdulillah"
Segala puji bagiMu.

Aku lihat; ada yang duduk dan bangun,
Aku dengar; ada yang menangis dan ketawa,
Aku sentuh; sejuk dan panas aku rasa.
 Cukup sempurna semuanya.

Sekarang,
Aku bercerita; bukan tentang kau, atau dia.
Ini cerita dari aku tentang aku.

Isnin, 6 Disember 2010

Garisan Mula

Hari ini hari baru;
Masa baru dan waktu yang baru.
Untuk kita semua; kita di garisan mula.

Mula untuk berjalan;
Mula untuk berlari;
Sampai garisan akhir yang kita tak kan pernah nampak.


Kegarisan; Sedia; Mula!
Masa ini masa kita;
Masa yang baru, 
Tarikh baru dalam kalendar.

Mulakan satu pembaharuan,
Berjalan dengan betul kedepan
Bukan songsang arah lintasan.

Salam Maal Hijrah, 1432H.

Jumaat, 19 November 2010

inspirasi dari angin

saat ini hujan di luar,
angin bertiup tapi tetap tak sampai;
Dinding jadi pemisah antara aku dan angin,
Seakan sesuatu yang menjadi penganggu.

Saat hati teruja untuk berkata kata,
Hakikatnya hati tetap bisu.
Kalau angin boleh mendengar,
Akan aku sampaikan pada angin itu;
Mendengarkan bicara bisu dalam hati.

Yang pasti,
Hakikat adalah realiti.
Aku kalah dalam fantasi,
Biarlah.
Biarkan aku,
Mencari inspirasi dalam imaginasi.

Ahad, 7 November 2010

ketika ini; bicara dari jemari

Saat aku menatap langit; aku tunggu angin berbisik.
Pada ketika itu;
Masa masih berdetik.
Langit terus ku tatap.
Ironinya;
langit hanya dalam minda.
Ilusi semata, kerana;
Pada ketika ini;
Benar, aku tidak nampak kan langit.

Aku masih diam dibawah binaan.
Masih kaku di ruangan konkrit.
hati ingin merasa angin di muka,
Diri ingin melihat langit dan malam.
Tapi ironi;
Pada masa ini; Aku masih kaku tidak berganjak,
Mulut diam tak bersuara; hanya jemari mengatur kata.

Aku masih menatap kepingan skrin leper di hadapan.
Jemari masih ligat mengatur satu persatu baris kata.
bermula dengan abjad, menjadi suku kata.
dari satu perkataan, disambung menjadi satu baris ayat.
Segalanya tetap satu bicara.
Bicara dari jemari; suara masih aku kunci.

Selagi aku masih punya nyawa; jemari tak akan berhenti.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Bila hati

Mulut bisu bila hati berkata,
Mata menilau menatap dinding yang sama;
Mulut kata letih.
Hati rasa penat.
Jiwa tak tahu apa.

Tanda soal muncul, tapi jawapan tiada.
Untuk aku jawab?
Kalau aku tahu apa yang hendak dijawab.
Entah;
Itu bukan satu jawapan.
Ini subjektif. Jadi, biarlah.

Bila hati pedih; tangis.
Bila hati hilang; teriak
Bila hati ada; kekalkan hati itu selamanya.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Sudahlah

Hentikan!
Hentikan omongan bising.
Ya, Berhenti!
Mengapa kau masih bising?
Kau kenapa?
Mahu jadi gila?
"Jangan tanya aku lah!"
"Aku tak tahu apa apa!"

Hey,
Perempuan.
Sudahlah.

"Wah!"
"Sudahlah apa?"

Sudah sudahlah jadi begitu.
Kenapa kau jadi begini?
Aku sedih kau begitu.
Tapi kau mahu juga begini.
Apa lagi yang kau hiraukan?
Kau pernah dihirau?
Hiraukan diri sendiri.
Tolonglah.

"Hey!"
Biarkan! Biar! Biar!
Rasa tak semudah yang dikata.
Kau kata sudahlah?
Jiwa aku bagaimana?
Penuh air dalam mata.
Jiwa jadi punca.

Tolongah. Tolong jangan begini.
Jangan seksa manusia.
Biar dia gembira.
Ingat, Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.
Berikan gembira pada dia.

"Ya."
Memang itu aku ingin. Aku cuba.
Aku sedang beri.
Hidup bukan aku seorang.
Bukan kerana diri semata.
Tapi manusia lain juga ada nyawa ada jiwa.
Biarkan.

Tuhan sentiasa ada.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Apa adanya kita.

Aku ada, kamu ada;
Cinta;
Kita sama ada.

Kamu dalam jiwa; aku dalam nyawa.
Apa adanya kita;
Ada cinta.
Tetap ada.
Sampai ke syurga.

Cinta bukan suka semata.
Cinta kebih dari suka; sayang sepenuhnya.
Kamu;
Sungguh lebih dari suka;
Sepenuh cinta aku sayang.

Izinkan;
Benarkan aku tinggal dalam nyawa kamu.
Aku mahu ada di situ.
Sentiasa di situ.

Jangan keluarkan; tolong jangan.
Aku mahu;
Itu tempat untuk aku,
Kamu dan aku; Bersama.
Sampai tiada nyawa.

Intonasi senyap

Bersuara pada siapa?
Kotak kiri kanan; mungkin.
Mereka pekak, tak mungkin dengar.

Kenapa diam?
"Untuk apa bising?"
Soalan dibalas soalan?
"Ah, pening!"

Jangan diam;
Tak perlu.
Teruskan berintonasi.
Tapi tetap dalam senyap.

Ada siapa peduli?
Seperti tiada.
Sudahlah;
Abaikan.
Tak perlu dengar intonasi sendiri.

Khamis, 21 Oktober 2010

Bulan pada langit

Bintang tiada nampak;
Tapi bulan masih ada.
Kemana bintang hilang?
Kasihan bulan,
Seorang.

Mana angin?
Angin sembunyi.
Mungkin lari.
Kasihan bulan.
Sendiri.

Menangis.
Bulan pandang langit;

Langit tak pernah hilang.
Terima kasih langit.
Teruskan sentiasa ada.

Sabtu, 2 Oktober 2010

kadang dan kala

Tak setiap masa kita senyum;
Tak setiap hari kita nangis.
Macam macam datang bergolek,
Apa lagi yang akan datang?

Hanya Tuhan yang ada jawapan.

Entah esok kita ada,
Entah bila kita tiada.
Manusia.
Nak buat macam mana.
Nanti2 ke tanah juga.

Perasaan dan hidup.
Hati dan jiwa.
Otak ada,
Hati pun ada.
Dua2 kita ada.
Dua2 kena guna.

biar senyum tak selalu datang
biar kita kadang kala nangis,
Tuhan tahu yang terbaik untuk kita.

Khamis, 30 September 2010

Atas dan Bawah; Alhamdulillah Syukur.

Ke bawah kita jatuh ke atas kita naik
Turun naik; naik turun;
Mendaki bukit halimunan; Mencari tangga yang tak jumpa
Kini kita berada pada kedudukan sekarang.
Nyata dan terang; Secara benar dan sungguh,
Kita berada di kedudukan agak sempurna.
Alhamdulillah Syukur.

Hati ini kuat. hati ini hati kita.
hidup ini sukar. ini adalah hidup kita.
Atas dan bawah saling bertukar.
Di atas jangan bongkak
Di bawah harus kuat.
Lumrah fenomena sentiasa berlegar.

Kuatkan hati kamu. Hati kamu hati kuat.
Teguhkan hati aku. Hati kita hati kuat.
Biar terbang laju ke atas
Biar terjunam jatuh ke bawah
Aku hanya mahu bernafas pada kedudukan sekarang.
Kerana jiwa kita tahu,
Apa diri kita mahu.

Alhamdulillah, Syukur.
Kerana Nya kita menjadi sekarang.

Selasa, 28 September 2010

MegaDrama Korupsi

Lihat kiri pandang kanan ; kiri dilihat kanan dipandang
Depan dan belakang pusing keliling ; masing2 pening.
Apa kau buat? Apa dia mahu?
Hidup orang tak usah ambil tahu.
Hipokrasi menerjah ; dunia jadi lakonan
Pening menelaah pelakon handalan.

Kata orang kalau jujur kita tak kaya ; kaya jadi sesat mahu kaya buat apa?
Yang kaya makin pecut kaya ; memiskinkan lagi si papa kedana.
Kedana harta tak mengapa asal hati kau kaya berjuta juta.

Pandang kanan lihat kiri semua cerita jadi basi
Budak-budak, mana pergi harga diri?
Kaki kiri melangkah sekolah kaki kanan bersepah-sepah
Cakerawala makin menyampah.
Ingat Tuhan, Ingat diri ;
Ingat tanggungjawab, ingat juga abi dan umi,
Celik mata bangunkan minda;
Dunia ini nanti kau yang akan bawa.

Kiri dah pandang kanan dah lihat;
Tengok cermin sendiri kuatkan semangat.
Jalan cerita ini masih belum habis;
Jangan hujung nanti kau yang menangis.