Khamis, 30 September 2010

Atas dan Bawah; Alhamdulillah Syukur.

Ke bawah kita jatuh ke atas kita naik
Turun naik; naik turun;
Mendaki bukit halimunan; Mencari tangga yang tak jumpa
Kini kita berada pada kedudukan sekarang.
Nyata dan terang; Secara benar dan sungguh,
Kita berada di kedudukan agak sempurna.
Alhamdulillah Syukur.

Hati ini kuat. hati ini hati kita.
hidup ini sukar. ini adalah hidup kita.
Atas dan bawah saling bertukar.
Di atas jangan bongkak
Di bawah harus kuat.
Lumrah fenomena sentiasa berlegar.

Kuatkan hati kamu. Hati kamu hati kuat.
Teguhkan hati aku. Hati kita hati kuat.
Biar terbang laju ke atas
Biar terjunam jatuh ke bawah
Aku hanya mahu bernafas pada kedudukan sekarang.
Kerana jiwa kita tahu,
Apa diri kita mahu.

Alhamdulillah, Syukur.
Kerana Nya kita menjadi sekarang.

Selasa, 28 September 2010

MegaDrama Korupsi

Lihat kiri pandang kanan ; kiri dilihat kanan dipandang
Depan dan belakang pusing keliling ; masing2 pening.
Apa kau buat? Apa dia mahu?
Hidup orang tak usah ambil tahu.
Hipokrasi menerjah ; dunia jadi lakonan
Pening menelaah pelakon handalan.

Kata orang kalau jujur kita tak kaya ; kaya jadi sesat mahu kaya buat apa?
Yang kaya makin pecut kaya ; memiskinkan lagi si papa kedana.
Kedana harta tak mengapa asal hati kau kaya berjuta juta.

Pandang kanan lihat kiri semua cerita jadi basi
Budak-budak, mana pergi harga diri?
Kaki kiri melangkah sekolah kaki kanan bersepah-sepah
Cakerawala makin menyampah.
Ingat Tuhan, Ingat diri ;
Ingat tanggungjawab, ingat juga abi dan umi,
Celik mata bangunkan minda;
Dunia ini nanti kau yang akan bawa.

Kiri dah pandang kanan dah lihat;
Tengok cermin sendiri kuatkan semangat.
Jalan cerita ini masih belum habis;
Jangan hujung nanti kau yang menangis.