Selasa, 28 Disember 2010

Si pemerhati

Izinkan aku untuk menjadi si pemerhati,
Biarpun aku tak nampak,
Tapi hati sentiasa mahu memerhati.
Senyum,
Itu yang aku mahu.
Tenang,
Semoga kita tenang.
Bahagia,
Harapan yang sentiasa ku mahu.

Untuk kita,
Biar aku yang jadi pemerhati tunggal,
Walau kita tak saling memerhati.

Ahad, 12 Disember 2010

. Hancur dan jatuh; aku terus kukuh.

Aku pernah terbang tinggi,
Bersenang di langit yang penuh angin,
Terbang tanpa fikir untuk jatuh,
Tapi sekarang aku hancur kerana jatuh.
Jatuh dalam laut,
Syukur, Aku masih ada lagi.

Aku dalam laut ciptaan sendiri,
Laut dari air mata sendiri,
Hampir lemas,
Tapi aku gagahkan juga.
Aku harus bernafas.
Aku perlu bernafas.
Jangan sekali dia nampak kau sakit.
Jangan.

Biar aku hancur, biar aku jatuh;
Aku akan terus kukuh.
Hentikan fikiran itu,
Aku harus hentikan.

Aku letih, aku penat.
Walau hakikat hati, aku tahu ini sakit,

Jumaat, 10 Disember 2010

. Jangan sampai orang bilang kau lemah.

Hey perempuan,
Ya. Kamu;
Kamu yang sedang menunding jari ke arah sendiri.
Persetankan perasaan kau.
Buang ketepi air mata kau.
Ada yang hirau?
Biar bergelen air mata kau tangis,
Biar bengkak otak kau fikir.
Ada yang hirau?

Hiraukan diri kau.
Sayang diri kau.
Bodoh! Jangan sampai orang tau,
Biar kau sendiri yang rasa,
Biarkan.

Serahkan segalanya pada NYA;
Kerana DIA Maha Tahu,
Kerana DIA Maha Kuasa,

Diri kau;
Apa yang kau tahu?
Kau hanya tahu apa yang kau tahu.

Cinta khayalan kanak kanak;

Rabu, 8 Disember 2010

Patah

Mata menatap paparan abjad
Bila malam mula patah.
Sinopsis siang tak mampu ku tulis
Masih menunggu satu persatu perkataan untuk aku susun.
Masing masing dengan hidup dan diri,
Tapi aku,
Tiada justifikasi.

Diminta berhenti

Sila berhenti jika kau tak benar,
Jangan teruskan jika kau tak tulus.
Hati manusia sakit bila kau sembunyi,
Penakutkah kau?
Kalau kau bukan penakut,
Buang topeng, bangun dan berdiri.

Dunia kita dunia zaman batu moden,
Lahiriah dengan agung berkata aku moden,
Hakikat dalam hati, kau manusia zaman purba.
Masih sembunyi di belakang batu gua.
Ini definisi zaman moden?

Tolong berhenti.
Cuba jadi diri kau,
Tak perlu untuk berlakon dua tiga watak,
Tak akan ada anugerah pelakon terbaik.
Tolong berhenti.

Jalan kiri kau kata kanan,
Hentikan.
Cukup.
Biar kau saja yang sesat.

Selasa, 7 Disember 2010

Cerita dari aku

Andai aku lambat terjaga, tolong kejutkan aku.
Andai aku masih terlena, tolong sedarkan aku.
Bangunkan aku jika aku masih bermimpi,
Bila nanti aku bangun,
Ingatkan aku,
Untuk ucapkan syukur.
"Alhamdulillah"

Aku sedang mencelik; melihat dunia.
Satu persatu zarah udara ku sedut,
Satu persatu ku hembus,
Aku sedang bernafas dan melihat.

Telinga ku mendengar, hati aku merasa,
Benda dapat ku sentuh,
Mulutku masih boleh mengunyah.
"Alhamdulillah"
Cukup pancaindera kurniaanNya.
"Alhamdulillah"
Segala puji bagiMu.

Aku lihat; ada yang duduk dan bangun,
Aku dengar; ada yang menangis dan ketawa,
Aku sentuh; sejuk dan panas aku rasa.
 Cukup sempurna semuanya.

Sekarang,
Aku bercerita; bukan tentang kau, atau dia.
Ini cerita dari aku tentang aku.

Isnin, 6 Disember 2010

Garisan Mula

Hari ini hari baru;
Masa baru dan waktu yang baru.
Untuk kita semua; kita di garisan mula.

Mula untuk berjalan;
Mula untuk berlari;
Sampai garisan akhir yang kita tak kan pernah nampak.


Kegarisan; Sedia; Mula!
Masa ini masa kita;
Masa yang baru, 
Tarikh baru dalam kalendar.

Mulakan satu pembaharuan,
Berjalan dengan betul kedepan
Bukan songsang arah lintasan.

Salam Maal Hijrah, 1432H.